Pengangkutan di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan antara negeri yang mempunyai banyak kemudahan pengangkutan awam seperti di Seremban, Gemas dan Tampin. Berikut merupakan tempat yang mempunyai kemudahan pengangkutan utama di Negeri Sembilan.

Pengangkutan mengikut lokasi

Seremban

Di ibu negeri, Seremban merupakan hab pengangkutan awam bagi Negeri Sembilan. Terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam boleh didapati di pusat bandar serta terdapat banyak pemilikan kenderaan persendirian seperti bas dan keretapi.

Bas

Seremban mempunyai sebuah stesen bas utama iaitu Terminal One yang menghubungkan Seremban dengan bandar-bandar utama di Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah, Bahau, Rembau dan Malaysia seperti Alor Setar, Ipoh dan Melaka. Semua syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas berpusat di sini.

Keretapi

Stesen KTM Komuter Seremban ialah salah sebuah stesen komuter untuk Laluan Rawang-Seremban. Dahulunya menjadi stesen penamat untuk perkhidmatan KTM Komuter tetapi jajaran aliran telah dipanjangkan menjangkau hingga stesen komuter Sungai Gadut. Stesen ini menjadi nadi kepada penduduk Seremban yang bekerja dalam pelbagai sektor di Lembah Klang yang menjadikan komuter sebagai alternatif mengelakkan kesesakan di lebuh raya sekitar Kuala Lumpur pada waktu puncak. Terdapat juga penduduk yang bukan berasal dari kawasan Negeri Sembilan menetap di Seremban namun bekerja di kawasan Lembah Klang seperti dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Gemas

Gemas juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai kemudahan Stesen kereta api yang menghubungkan antara laluan pantai barat (Padang Besar-Woodlands) dan laluan pantai timur (Tumpat-Gemas).

Tampin

Bandar Tampin berjiran dengan Bandar Pulau Sebang, Melaka. Lampu isyarat di kedua-dua bandar yang berjiran itu merupakan sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Tampin boleh dihubungkan dengan Melaka, Seremban dan Johor Bahru melalui jalan persekutuan. Lebuh raya utama tidak melalui daerah Tampin tetapi boleh menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan keluar melalui Tol Simpang Ampat Alor Gajah. Daerah Tampin mempunyai Stesen keretapi iaitu Gemas, Batang Melaka dan Air Kuning Selatan. Namun stesen Air Kuning Selatan telah ditutup. Projek landasan kereta api berkembar antara Seremban ke Gemas turut menggantikan Stesen Kereta Api Batang Melaka yang sedia ada di lokasi yang baru. Walau bagaimanapun lokasi Stesen KTMB Batang Melaka yang baru akan dipindahkan dalam kawasan Negeri Melaka. Stesen keretapi terdekat bagi bandar Tampin ialah Stesen Keretapi Pulau Sebang, Alor Gajah Melaka yang terletak hanya 1 kilometer sahaja dari Pusat bandar Tampin.

Senawang

Senawang yang mempunyai kemudahan pengangkutan rel juga dikenali sebagai Senawang halt, merupakan sebuah stesen kereta api yang menyediakan perkhidmatan sebagai perhentian di garisan Stesen keretapi Rawang. Ia kini dalam pembinaan sebagai sebahagian daripada projek landasan berkembar dan berelektrik antara Seremban dan Gemas, diambil alih oleh IRCON International, sebuah anak syarikat Indian Railway. Stesen tersebut memulakan perkhidmatannya sejak 14 Mei 2011.

Jenis pengangkutan

Bas

Stesen bas Terminal One di Seremban merupakan pusat tumpuan bas utama di Negeri Sembilan yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres harian ke semua bandar dan bandaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Terminal One juga menyediakan perkhidmatan bas perbandaran biasa ke Port Dickson, Tampin, Kuala Pilah, Bahau dan bandar-bandar lain di negeri tersebut.

Teksi

Teksi juga mudah diperolehi di Stesen Teksi Seremban di Jalan Tuanku Munawir. Dengan mengenakan tambang yang munasabah, seseorang boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke bandar-bandar utama di Negeri Sembilan dan juga ke Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru.

Keretapi

Seremban dihubungkan ke Kuala Lumpur melalui perkhidmatan tren komuter pantas yang begitu selesa dan berlepas setiap 30 minit. Seremban juga mudah dihubungkan melalui rangkaian jalan keretapi utama di Semenanjung Malaysia yang menghubungkannya dengan kebanyakan bandar-bandar utama.

Kereta sewa

Kereta sewa boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk membolehkan seseorang memandu ke seluruh pelosok Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sudah berada di Negeri Sembilan, urusan sewaan kereta boleh dijalankan melalui beberapa agen pelancongan.

Agen pelancongan

Sesetengah agen pelancongan utama mempunyai pejabat tersendiri di bandar Seremban. Lawatan ke seluruh negeri boleh diuruskan melalui hotel-hotel utama.[1]

Kapal terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan.Jaraknya dari Seremban ke KLIA ialah 56 km.Bandar yang paling terdekat dengan ialah Bandar Enstek.Pelancong boleh menaiki kereta api,teksi dan kereta sewa untuk ke KLIA

Rujukan

  1. ^ "Kemudahan pengangkutan di Negeri Sembilan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-11-29. Dicapai pada 2014-11-21.
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Seremban - Bandar diraja: Seri Menanti
Topik
Masyarakat
Pemerintahan
Diraja
Adat
Eksekutif
Bahagian perundangan
Negeri
Kawasan Dewan Undangan Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

Tempatan
Pihak berkuasa tempatan
Semasa
Lama
Bahagian pentadbiran
Tradisional
Adat
  • l
  • b
  • s
Negeri Sembilan Pentadbiran Adat di Negeri Sembilan
Wilayah diraja (Wilayah Adat Lingkungan) : Seri MenantiDewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Luak
Pemimpin
Suku
  • Anak Acheh
  • Anak Melaka
  • Batu Belang
  • Batu Hampar
  • Biduanda
  • Mungkal
  • Seri Lemak
  • Seri Melenggang
  • Paya Kumboh
  • Tanah Datar
  • Tiga Batu
  • Tiga Nenek
Peringkat pertama
Daerah
Peringkat kedua
Mukim
Peringkat ketiga
Bandar utama
Bandar baru
Pekan
Kampung
Tanah rancangan
FELDA Wilayah
Raja Alias
Jelebu
Jempol
Tampin
Bahagian pilihan raya
Persekutuan
Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category