Daerah Tampin

Daerah Tampin is located in Bumi
Daerah Tampin
Daerah Tampin (Bumi)
Koordinat: 2°28′27″N 102°13′55″E / 2.4742844001988824°N 102.23193804408244°E / 2.4742844001988824; 102.23193804408244Koordinat: 2°28′27″N 102°13′55″E / 2.4742844001988824°N 102.23193804408244°E / 2.4742844001988824; 102.23193804408244NegaraMalaysiaNegeriNegeri SembilanDiisytiharkan sebagai daerah1 Julai 1980 (43 tahun yang lalu) (1980-07-01)PusatTampinPihak berkuasa tempatanMajlis Daerah TampinPentadbiran
 • Pegawai daerahMohd Fadhil Hassan[1]Keluasan • Jumlah878.69 km2 (339.26 batu persegi)Penduduk
 (2020)
 • Jumlah88,123 • Kepadatan100/km2 (260/batu persegi)Zon waktuUTC+8 (WPM) • Musim panas (DST)UTC- (Tidak diamalkan)Poskod
73xxx
Kod panggilan+6-06Nombor plat kenderaanN

Daerah Tampin merupakan salah sebuah daerah di Negeri Sembilan, Malaysia. Daerah ini terletak di tenggara Negeri Sembilan bersempadan dengan daerah Jempol dan Kuala Pilah di utara, Rembau di barat, negeri Johor di timur dan negeri Melaka di selatan. Daerah ini berkeluasan 878 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 88,123 orang pada tahun 2020.

Pentadbiran

Daerah Tampin ditadbir oleh Majlis Daerah Tampin dan berpusat di Tampin serta dibahagikan kepada tujuh mukim. Terdapat dua bandar dan sembilan pekan dalam daerah ini.[3]

Peta daerah Tampin
  1. Mukim Ayer Kuning
  2. Mukim Gemas
  3. Mukim Gemencheh
  4. Mukim Kebu
  5. Mukim Repah
  6. Mukim Tampin Tengah
  7. Mukim Tebong

Bandar dan pekan

  1. Bandar Gemas
  2. Bandar Tampin
  3. Pekan Air Kuning Selatan
  4. Pekan Batang Melaka
  5. Pekan Gemencheh
  6. Pekan Repah
  7. Pekan Tampin Tengah
  8. Pekan Air Kuning
  9. Pekan Pasir Besar
  10. Pekan Repah Permai
  11. Pekan Repah Jaya

Dari segi pentadbiran adat, daerah Tampin diperintah oleh dua luak yang berbeza, di mana Tebong, Keru, Repah dan Tampin Tengah diperintah oleh Tunku Besar Tampin sebagai Wilayah Adat Tampin, manakala Gemencheh, Ayer Kuning dan Pasir Besar (Gemas) merupakan tiga luak yang bernaung di bawah Johol.

Geografi

Daerah Tampin merupakan salah sebuah daripada 7 daerah yang terdapat dalam Negeri Sembilan. Secara geografi, sebahagian besar kawasan tanah pamah di daerah Tampin terletak di sebelah timur Banjaran Titiwangsa berbanding di sebelah barat, menjadikan daerah ini sebahagian daripada Negeri Sembilan timur, bersama-sama daerah Kuala Pilah, daerah Jempol dan daerah Jelebu. Gunung Tampin, iaitu penghujung selatan Banjaran Titiwangsa juga terletak di daerah ini, berhampiran dengan bandar Tampin.

Daerah Tampin bersempadan dengan daerah Kuala Pilah dan Jempol di utara, daerah Rembau di barat, daerah Segamat dan daerah Tangkak, Johor di timur dan daerah Alor Gajah dan daerah Jasin, Melaka di selatan.

Iklim

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[4] Purata suhu ialah 27.19 °C (80.9 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.8 °C (82.0 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.5 °C (79.7 °F).[4] Purata kerpasan di Tampin adalah 2045.2 milimeter pertahun. Bulan November merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 228.4 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 88.3 milimeter.[4]

Data iklim untuk Tampin (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 26.7
(80.1)
27.2
(81.0)
27.6
(81.7)
27.6
(81.7)
27.8
(82.0)
27.6
(81.7)
27.3
(81.1)
27.2
(81.0)
27.1
(80.8)
27.0
(80.6)
26.7
(80.1)
26.5
(79.7)
27.2
(81.0)
Purata kerpasan, mm (inci) 105
(4.1)
88.3
(3.48)
161.3
(6.35)
197.1
(7.76)
178.3
(7.02)
165.8
(6.53)
167.9
(6.61)
179.1
(7.05)
187.8
(7.39)
221.7
(8.73)
228.4
(8.99)
164.5
(6.48)
2,045.2
(80.49)
Sumber: ClimateCharts[4]

Demografi

Pecahan etnik di Tampin - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
62.5%
Cina
  
23.2%
India
  
13.9%
Lain-lain
  
0.3%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Tampin ialah seramai 88,123 orang dengan kepadatan penduduk 104 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 62 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 113:100. Terdapat 27,086 tempat kediaman dengan sebanyak 22,233 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 55 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 25 ribu dalam golongan muda dan selebihnya enam ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 52,091
Cina 19,342
India 11,614
Lain-lain 242
Bukan warganegara N/A 4,834

Agama

Agama di Tampin - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
61.8%
Buddha
  
22.1%
Hinduisme
  
13%
Kristian
  
2.5%
Tidak beragama
  
0.3%
Lain-lain
  
0.3%

Majoriti penduduk di daerah Tampin beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[5]

Agama Jumlah
Islam 54,492
Buddha 19,453
Hindu 11,427
Kristian 2,224
Lain-lain 291
Tidak beragama 236
Tidak diketahui 0

Sistem perhubungan

Daerah Tampin boleh dihubungkan dengan daerah lain di sekitarnya dengan jaringan laluan persekutuan. Antara laluan persekutuan yang menjadi jalan raya utama di daerah ini ialah Laluan Persekutuan 1 yang menghubungkannya ke Rembau, Seremban dan utara, dan Laluan Persekutuan 9 yang menghubungkannya dengan Kuala Pilah dan Jelebu, seterusnya ke Pahang. Daerah Tampin boleh dihubungkan dengan negeri Melaka melalui Laluan-laluan Persekutan 61 dan 19 .

Daerah Tampin juga boleh dihubungkan dengan utara Semenanjung Malaysia melalui perkhidmatan tren eletrik ETS yang bermula di Gemas. Di stesen Gemas juga negeri-negeri Pantai Timur dapat dihubungkan dengan daerah ini melalui Laluan KTM Pantai Timur.

Politik

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Kawasan di dalam daerah Tampin ditadbir oleh Majlis Daerah Tampin.

Ahli Parlimen

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Rujukan

  1. ^ https://pdttampin.ns.gov.my/organization/pegawai-tertinggi-pdt/ketua2-pegawai
  2. ^ "Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin - Latarbelakang". pdttampin.ns.gov.my.
  3. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH" (PDF). m/s. 56–57.
  4. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Tebedu". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  5. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
 Kedudukan geografi
Latitud dan longitud : 2°28′27″N 102°13′55″E / 2.4742844001988824°N 102.23193804408244°E / 2.4742844001988824; 102.23193804408244 (Mukim Tampin Tengah)
Jempol Tampin Segamat
Kuala Pilah Segamat
   Tampin    
Rembau Daerah Jasin Tangkak
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Seremban - Bandar diraja: Seri Menanti
Topik
Masyarakat
Pemerintahan
Diraja
Adat
Eksekutif
Bahagian perundangan
Negeri
Kawasan Dewan Undangan Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

Tempatan
Pihak berkuasa tempatan
Semasa
Lama
Bahagian pentadbiran
Tradisional
Adat
  • l
  • b
  • s
Negeri Sembilan Pentadbiran Adat di Negeri Sembilan
Wilayah diraja (Wilayah Adat Lingkungan) : Seri MenantiDewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan
Luak
Pemimpin
Suku
  • Anak Acheh
  • Anak Melaka
  • Batu Belang
  • Batu Hampar
  • Biduanda
  • Mungkal
  • Seri Lemak
  • Seri Melenggang
  • Paya Kumboh
  • Tanah Datar
  • Tiga Batu
  • Tiga Nenek
Peringkat pertama
Daerah
Peringkat kedua
Mukim
Peringkat ketiga
Bandar utama
Bandar baru
Pekan
Kampung
Tanah rancangan
FELDA Wilayah
Raja Alias
Jelebu
Jempol
Tampin
Bahagian pilihan raya
Persekutuan
Negeri
  • l
  • b
  • s
   

P126 Jelebu
N01 Chennah
N02 Pertang
N03 Sungai Lui
N04 Klawang

P127 Jempol
N05 Serting
N06 Palong
N07 Jeram Padang
N08 Bahau

P128 Seremban
N09 Lenggeng
N10 Nilai
N11 Lobak
N12 Temiang
N13 Sikamat
N14 Ampangan

P129 Kuala Pilah
N15 Juasseh
N16 Seri Menanti
N17 Senaling
N18 Pilah
N19 Johol

P130 Rasah
N20 Labu
N21 Bukit Kepayang
N22 Rahang
N23 Mambau
N24 Seremban Jaya

P131 Rembau
N25 Paroi
N26 Chembong
N27 Rantau
N28 Kota

P132 Port Dickson
N29 Chuah
N30 Lukut
N31 Bagan Pinang
N32 Linggi
N33 Sri Tanjung

P133 Tampin
N34 Gemas
N35 Gemencheh
N36 Repah

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Category