Johol

Johol
Mukim
Peta Johol di Daerah Kuala Pilah.
Peta Johol di Daerah Kuala Pilah.
Logo rasmi Johol
[[Johol|]]
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahKuala Pilah
Pentadbiran
 • JenisTempatan
 • BadanMajlis Daerah Kuala Pilah
 • Yang DipertuaMohd Faizal Abdul Manap
 • Pegawai DaerahMohd Faizal Abdul Manap
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak tersedia
Poskod
73100
Kod panggilan kebangsaan06
Johol
Negeri Sembilan Luak Berundang di Negeri Sembilan
Lokasi Luak Johol di Negeri Sembilan
Lokasi Luak Johol di Negeri Sembilan
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
Institusi adatUndang Luak Johol
Pentadbiran
 • Undang Luak JoholDato' Muhammad Abdullah
 • Dato' Baginda Luak JoholSahabudin Ibrahim
 • Penghulu Pusaka Luak GemenchehMohd Kamil Abd Aziz
 • Penghulu Pusaka Luak Ayer KuningMohamad Ghazali Abdul Jalil
 • Penghulu Pusaka Luak Kecil Pasir BesarNorhamzaz Buyong

Johol (Jawi: جوهولcode: ms is deprecated ; Cina: 柔河) merupakan sebuah mukim dan pekan yang terletak di dalam Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu sebuah negeri dalam Malaysia.[1] Rata-rata penduduk adalah petani, bekerja kampung dan kakitangan kerajaan. Anak muda ramai yang berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Seremban dan Kuala Lumpur.

Pintu gerbang Kolej Teknologi Islam Melaka
Pekan Johol

Sejarah

Sebelum kedatangan orang-orang Minangkabau di abad ke-17, Johol didiami oleh Orang Asli dari suku Jakun yang diketuai oleh seorang Dato' Batin bernama Johol yang tinggal di kampung Air Keroh ketika itu. Orang-orang Minangkabau dari Sumatera sampai ke Johol melalui Johor dan Melaka. Orang Minangkabau diketuai oleh seorang ketua bergelar Dato' Batin Melengkar Alam yang telah belayar menaiki sebuah jong dari Minangkabau memasuki Sungai Perak dan berpatah balik lalu memasuki Sungai Muar dan telah membuat sebuah penempatan bernama Sekudai. Kemudian beliau meneruskan perjalanannya ke hulu sungai lalu berehat di bawah sebatang pohon yang rendang yang kini dikenali sebagai 'Merbau Seratus'. Setelah berehat sebentar di sana beliau meneruskan perjalanan mudik ke hulu sungai dan telah melabuhkan jong beliau di dalam sebuah lubuk yang kini dinamakan sebagai Lubok Jong di Pasir Besar dan seterusnya membuka sebuah kampung yang kini di namakan kampung Pasir Besar (yang mana merujuk kepada pasirnya lebar seperti berpantai). Beliau telah di jemput oleh Dato' Batin Johol ke kampung Air Keroh untuk di lantik sebagai Ketua Batin. Kedua-dua masyarakat ini hidup rukun dan pada satu ketika bersetuju melantik seorang Penghulu Batin / ketua batin.

Penghulu ini dipilih dari kalangan calon suku Biduanda waris (dalam suku biduanda yang dibawa dari alam minangkabau, tidak terdapat suku biduanda waris, asal suku biduanda waris adalah asal 'Biduanda' (orang yang berketurunan berkepimpinan) sementara 'Waris' pula (anak jati yang asal) dimana dari perut 'Batin' nya atau ketua asal suku kaum di daerah 'alam' berkenaan. Maka dipersetujui oleh Dato' Batin serta Buapak yang Enam. Dato' Jenang akan mengisytiharkan perlantikan Penghlu. Penghulu inilah yang kemudiannya dinamakan Undang Luak Johol bergelar Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan.

Yang Teramat Mulia Dato' merupakan Waris Gemencheh, sementara timbalan beliau Dato' Baginda Tan Mas Luak Johol, Yang Amat Mulia (YAM) Dato' Muhammad bin Haji Abdullah merupakan Waris Johol (luak undang johol tiada timbalan,tugas sebenar tan mas luak johol ada pekerja kepada luak undang sebabgai pengurus lombong emas dikawasan gemas)(pelantikan luak undang johol mempuyai sistem geleiran dari kalangan suku bidunanda yang keenam).

Proses penggantian Undang baru adalah secara automatik daripada Timbalan Undang naik menjadi Undang sekiranya berlaku kemangkatan. Pengisytiharan akan dilakukan mengikut Adat Luak Johol iaitu "Undang Mati, Undang Menanam". Bermaksud apabila seseorang Undang itu meninggal dunia, pengisyitiharan Undang terus dilakukan dan kemudian barulah jenazah Undang tadi dikebumikan. Undang Naik menjadi Undang sekiranya berlaku kemangkatan Pengisytiharan akan dilakukan mengikut Adat Luak Johol iaitu "Undang Mati, Undang Menanam" Bermaksud apabila sesaorang Undang itu meninggal dunia, pengisytiharan Undang baru terus dilakukan dan kemudian barulah jenazah Undang tadi dikebumikan.

Undang Johol yang ke-14 iaitu YTM Dato' Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan ' Haji Mohd Jan bin Abdul Ghani telah dilucutkan kuasanya secara adat Johol yang unik. Beliau telah di pecat oleh Buapak Yang Enam atas kesalahan-kesalahan adat di luak Johol. Setelah pemecatan di lakukan seiring dengan kehendak adat iaitu " patah tumbuh hilang berganti " yang mana pemecatannya di lakukan atas kehendak dan lafaz " hilang berganti " maka di persetujui dan muafakatlah seluruh anak buah,lembaga juga buapak dengan melantik Undang Johol ke -15 iaitu KEBAWAH KAUS YANG TERAMAT MULIA DATO' JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN HAJI MUHAMMAD BIN HAJI ABDULLAH.

Pada asalnya jawatan Undang Luak di Johol adalah Suku Biduanda dan yang memegang jawatan Undang Luak Johol adalah seorang wanita. Suku Biduanda Waris adalah suku yg diwujudkan dan bukan nya suku asal.

Kemudahan asas

Pintu gerbang Kolej Teknologi Islam Melaka
Balai Polis Johol
  • Balai Polis Johol
  • Pejabat Pos Johol
  • Klinik Kesihatan Johol
Pintu gerbang Kolej Teknologi Islam Melaka
Mesin ATM Johol
  • Mesin ATM Johol (bersebelahan Balai Polis Johol)
  • Pasar Awam Johol
  • Masjid Kariah Johol

Pentadbiran

Dalam pentadbiran tanah di Negeri Sembilan, ia diuruskan di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah yang diketuai oleh Pegawai Daerah Kuala Pilah. Dalam pentadbiran adat, Johol merupakan sebuah luak yang ditadbir oleh institusi Undang yang diketuai oleh Datuk Undang Luak Johol. Luak Johol turut merangkumi wilayah adat jajahan yang terletak di daerah lain iaitu Gemencheh dan Pasir Besar dari daerah Tampin; serta Jeram Padang dan Palong dari daerah Jempol.

Perkampungan

Di Johol terdapat beberapa kawasan perkampungan, antaranya ialah:[2][3]

  • Kampung Gemencheh Ulu
  • Kampung Padang Jual
  • Kampung Selaru
  • Kampung Senibai
  • Kampung Gating
  • Kampung Kabong
  • Kampung Tering
  • Kampung Kuala Johol
  • Kampung Masjid Tua
  • Kampung Melekai
  • Kampung Nuri
  • Kampung Rengoh
  • Kampung Simat
  • Kampung Tanggai
  • Kampung Tangkoh
  • Kampung Tulang Rimau
  • Kampung Tumang
  • Kampung Ulu Inas
  • Kampung Air Mawang
  • Kampung Baru Air Mawang
  • Kampung Betong
  • Kampung Dingkir
  • Kampung Eyor
  • Kampung Kepis Baru
  • Kampung Kepis Hilir
  • Kampung Bukit Istana

Pendidikan

Pendidikan di Johol merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah agama. Berikut adalah senarai sekolah yang bertapak di Johol:[4]

Politik

Rujukan

  1. ^ "JPSKomuniti - Pejabta Daerah Kuala Pilah" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-04-05. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  2. ^ "Senarai Kampung dan Ketua JKKK di Kuala Pilah". Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah. 18 Mac 2021. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  3. ^ "Kampung di Johol" (dalam bahasa Inggeris). Carian Poskod Malaysia. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  4. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (10 Jun 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". Diarkibkan daripada yang asal (XLSX) pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021 – melalui moe.gov.my.

Pautan luar

  • Negeri Sembilan DK
  • Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah Diarkibkan 2009-12-06 di Wayback Machine
  • Peta kedudukan Johol
Seri Menanti,  Negeri Sembilan Senaling,  Negeri Sembilan Kepis,  Negeri Sembilan
Miku,  Negeri Sembilan Dangi,  Negeri Sembilan
   Johol    
Kota,  Negeri Sembilan Tampin,  Negeri Sembilan Gemencheh,  Negeri Sembilan
  • l
  • b
  • s
Mukim
Bandar
Pekan
Kampung
Tradisi
  • Seberang Pekan
  • Bemban
  • Senaling
  • Kuala Rembang Panas
  • Rembang Panas
  • Batu 1 Jalan Tampin
  • Sungkak
  • Tanjung Pauh
  • Sungai Dua Besar
  • Sungai Dua Kecil
  • Dioh
  • Simpang Empat Sawah Lebar
  • Temeris
  • Terusan Seberang

  • Buyau
  • Bukit Perah
  • Tanjung Ipoh
  • Gamin
  • Seri Menanti
  • Merual
  • Sikai
  • Tengah
  • Pulau
  • Mertang
  • Gunung Pasir
  • Tengah Ulu
  • Baru Lanjut Manis
  • Bukit Lintang Talang
  • Ibol
  • Mampas Besar
  • Mampas Kecil
  • Padang Lebar
  • Parit Istana
  • Terachi
  • Ulu Bendul
  • Kuala Talang
  • Kuala Parit Terachi
  • Talang Tengah
  • Talang Ulu
  • Gemetir
  • Gedang
  • Langkap


  • Gemencheh Ulu
  • Padang Jual
  • Selaru
  • Gating
  • Kabong
  • Kuala Johol
  • Masjid Tua
  • Melekai
  • Nuri
  • Renggoh
  • Simai
  • Tanggai
  • Tangkoh
  • Tulang Rimau
  • Tumang
  • Ulu Inas
  • Air Mawang
  • Betong
  • Dingkir
  • Eyor
  • Kepis Hilir
  • Kepis Ulu
  • Geduhom
  • Pekan Johol
Baru
  • Bukit Gelugor
  • Kuala Jemapoh
  • Parit Tinggi
  • Kepis Batu 10
  • Simpang Dangi
  • Air Mawang
  • Dangi
Orang Asli
  • Air Lerek
  • Air Runtuh
  • Air Pulasan
  • Air Rengas
  • Tering
  • Simpang Tering
  • Kelapi
  • Bari
  • Charik
  • Senibai
  • Langkap
  • Ulu Mampas
  • Guntur
  • Chergun
Tanah rancangan
  • FELCRA
    • Bukit Kepis
Sungai
  • Muar
  • Jelai
  • Jempol
  • Pilah
  • Batang Pilah
  • Juasseh
  • Seri Menanti
  • Johol