Stesen keretapi Wakaf Bharu

Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu (Antarabandar) Stesen seterusnya
Tumpat
Terminal
Ekspres Rakyat Timuran Pasir Mas
menghala ke Johor Bahru Sentral
Shuttle Timur
Bunut Susu
menghala ke Kuala Lipis
Pasir Mas
menghala ke Gua Musang
Bunut Susu
menghala ke Dabong
Kampung Kok Pasir
menghala ke Tumpat
Bunut Susu
menghala ke Gua Musang
LokasiMap

Stesen keretapi Wakaf Bharu merupakan sebuah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu yang terletak di Wakaf Bharu, Kelantan. Stesen ini merupakan stesen kereta api yang terletak paling hampir dengan ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu melalui Laluan Persekutuan 134. Kota Bharu tidak mempunyai stesen kereta api.

Stesen kereta api ini terletak dalam Laluan kereta api Pantai Timur dan menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar.

Perkhidmatan

Stesen kereta api Wakaf Bharu menyediakan lima perkhidmatan kereta api;[1]

Terkandas akibat banjir

Pada 25 November 2009, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas di Stesen Keretapi Wakaf Bharu dan Stesen keretapi Gua Musang . Ini kerana perkhidmatan Keretapi Ekspres Wau dan Keretapi Ekspres Timuran tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan banjir berhampiran laluan kereta api Kuala Krai, Kelantan. Harian Metro melaporkan ratusan penumpang terkandas sehingga landasan tersebut selesai diperbaiki. Jambatan kereta api berhampiran Sungai Kelantan melimpah lebih 20 10 meter. Batu kelikir ditimbun semula dan diperkemas agar kereta api tidak tergelincir.

Galeri

  • Persimpangan di hadapan stesen kereta api
    Persimpangan di hadapan stesen kereta api
  • Platform stesen kereta api
    Platform stesen kereta api

Rujukan

  1. ^ "Train Schedule KTMB". ktmb.com.my. Dicapai pada 1 Mac 2024.
Stesen sebelumnya Laluan Stesen berikutnya
Tumpat   Aliran Pantai Timur   Pasir Mas
  • l
  • b
  • s
Malaysia Stesen kereta api KTM antarabandar
Laluan KTM Pantai Barat
Laluan KTM Pantai Timur