Stesen keretapi Kamunting

Stesen sebelumnya Keretapi Tanah Melayu
(Komuter)
Stesen seterusnya
Bagan Serai
menghala ke Butterworth
Laluan Ipoh Taiping
menghala ke Ipoh
LokasiMap

Stesen keretapi Kamunting merupakan sebuah stesen keretapi yang terletak di Kamunting, Perak, Malaysia. Stesen ini merupakan salah sebuah stesen dalam jajaran KTM Komuter Sektor Utara.

Sejarah

Stesen keretapi Kamunting telah dibuka pada tahun 1890 setelah Laluan Keretapi Port Weld ke Taiping selesai dipanjangkan ke Kamunting.[1] Stesen ini seterusnya dibina semula dalam projek pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar dan dibuka semula pada 11 September 2015.[2]

Perkhidmatan kereta api

Stesen keretapi Kamunting menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu melalui Laluan KTM Komuter Sektor Utara.[3]

Melalui Laluan KTM Sektor Utara, stesen ini menyediakan perkhidmatan kereta api merangkumi;

  • 10 perlepasan ke Ipoh dari Butterworth
  • 10 perlepasan ke Butterworth dari Ipoh

Rujukan

  1. ^ Sunderland, David, penyunting (2014). "Fifty Years of Railways in Malaya". British Economic Development in South East Asia, 1880–1939, Volume 3. Routledge. ISBN 978-1-84893-488-7.
  2. ^ "Komuter di utara Jumaat ini". HM Online. 2015-09-08. Dicapai pada 2023-10-16.
  3. ^ "KTMB Train Schedules" (dalam bahasa Inggeris). Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  • l
  • b
  • s
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Melaka
Johor