Stesen MRT Surian

Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Kota Damansara
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Kajang Mutiara Damansara
menghala ke Kajang
Kota Damansara
menghala ke Sungai Buloh
Laluan Kajang
Perkhidmatan lampau (2016–2022)
LokasiMap

Stesen MRT Surian ialah stesen transit aliran deras (MRT) bertingkat di Dataran Sunway, Kota Damansara, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Kajang, yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Kajang. Ia terletak di antara Stesen MRT Kota Damansara dan Stesen MRT Mutiara Damansara dan mempunyai kod stesen iaitu KG07.[1]

Sejarah

Permandangan laluan pejalan kaki untuk masuk ke stesen dari Pintu B. Di sebelah kiri, ialah Persiaran Surian.

Projek Laluan MRT Kajang telah mula dibina secara rasmi pada 8 Julai 2011 dan berakhir pada tahun 2017.[a][2][3][4] Pada 2012, nama sementara untuk stesen ini adalah Stesen MRT Dataran Sunway kerana ia terletak berhampirannya tetapi pada tahun 2014, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menukar nama stesen ini kepada Stesen MRT Surian yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Najib Tun Razak.[5][6]

Nama stesen ini mungkin diambil dari jalan raya Persiaran Surian yang terletak di bawah stesen. Stesen MRT Surian telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 16 November 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang, iaitu dari Stesen Sungai Buloh hinga Stesen Semantan.[1][4][7] Stesen ini juga merupakan salah satu stesen yang termasuk dalam projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) dan dikendalikan oleh Rapid Rail yang juga merupakan anak syarikat kepada Prasarana Malaysia.

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Persiaran Surian, Kota Damansara, Selangor. Di sebelah utara stesen adalah pusat komersial Dataran Sunway (menempatkan pusat membeli-belah Sunway Giza)[8] dan di sebelah selatan stesen adalah kompleks kondominium dan pusat membeli-belah Tropicana Gardens. Juga terletak berhampiran stesen adalah kompleks pangsapuri mewah Casa Indah Kelab Golf Seri Selangor, Pasar Raya Besar Giant Kota Damansara dan Encorp Strand Mall.[9]

Pelan stesen

Kaunter perkhidmatan pelanggan di aras legar.
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang (Mutiara Damansara)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Kota Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke Sunway Nexis dan Tropicana Gardens Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Aras tanah (G) dipisahkan oleh jalan raya Persiaran Surian dan juga merupakan perhentian bas, teksi dan kenderaan peribadi serta pintu masuk dan keluar stesen. Setelah memasuki stesen terdapat aras legar stesen MRT Surian dimana terdapat mesin tiket, pagar tambang, kedai serbaneka, tandas awam, surau dan pusat perkhidmatan pelanggan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[10][9]

Pintu stesen

Terdapat empat pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Surian, Pintu A, Pintu B, Pintu C dan sambungan ke Tropicana Gardens. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan Terdapat dua pintu masuk dan keluar mempunyai kemudahan lif, eskalator dan tangga yang menuju ke platform stesen. Perkhidmatan bas pengantara beroperasi di Pintu A dan Pintu B.[11][12][13] Kedudukan Pintu A stesen terletak di selatan stesen berdekatan dengan Pusat Membeli-Belah Tropicana Gardens manakala Pintu B pula terletak di utara stesen berdekatan dengan Dataran Sunway, dan bangunan kedai-kedai di Jalan PJU 5/8.[10][9] Terdapat dua jambatan pejalan kaki yang telah dipersetujui oleh MRT Corp iaitu, dari Sunway Nexis (Pintu C) dan Tropicana Gardens; jambatan tersebut akan disambungkan ke aras legar stesen MRT Surian.[14]

Pintu Lokasi Destinasi utama dan kawasan berhampiran Kemudahan Gambar
Tangga Tangga Eskalator Eskalator ke aras legar atau aras tanah. Lif Lif ke aras legar OKU Akses OKU Bas Pengangkutan bas
A Selatan stesen Persiaran Surian
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Persiaran Damansara Indah, Kelab Golf Seri Selangor, Kondominium Casa Indah 1 dan 2, dan arah tanah Tropicana Gardens.
Ya Ya Ya Ya
B Utara stesen Jalan PJU 5/8
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi serta kenderaan peribadi. Dataran Sunway, Sunway Giza, Encorp Strand Mall, Pasar Raya Besar Giant Kota Damansara, Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Central Park Dataran Sunway, Padang Kota Damansara
Ya Ya Ya Ya Ya
C Timur laut stesen Sambungan pejalan kaki terus ke Sunway Nexis Ya
D Selatan stesen Sambungan pejalan kaki terus ke Tropicana Gardens Ya

Reka bentuk stesen

Konsep reka bentuk stesen adalah sama seperti stesen MRT Laluan Kajang yang bertingkat lainnya iaitu berdasarkan konsep pondok wakaf Islam. Stesen ini adalah terbuka, tinggi dan dapat diterangi oleh cahaya semula jadi serta ia mempunyai aliran udara yang baik dan sejuk.[15][16] Stesen ini juga menggunakan pintu skrin platform demi keselamatan pengguna MRT.[17]

Sambungan

Perkhidmatan bas

Bas Pengantara MRT ulang alik yang dimiliki oleh Rapid KL berkhidmat di Stesen MRT Surian. Terdapat dua laluan yang telah direkacipta iaitu, laluan T807 (MRT Surian–Ara Damansara) dan T808 (MRT Surian–Seksyen 11 Kota Damansara).[18] Kekerapan bas pengantara MRT ialah di antara 10 minit hingga 15 minit. Laluan bas ini dibuka selaras dengan pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang pada Disember 2016.[12][13] Selain itu, laluan bas lain seperti 780 yang berasal dari Seksyen 8 Kota Damansara, menuju ke Hab Pasar Seni serta laluan bas 802 berasal dari Seksyen 11 Kota Damansara yang menuju ke Stesen LRT Kelana Jaya juga berkhidmat di stesen ini.[18]

Laluan Koridor Pengendali Terminal[18] Jumlah perhentian[11][19] Melalui[19] Sambungan
Jalan raya Petempatan
T807  Koridor Damansara Rapid KL MRT Surian Pintu A Dataran Ara Damansara 23 stesen Persiaran Damansara Indah
Persiaran Tropicana
Jalan PJU 1A/1
Jalan PJU A1/3
Jalan Tropika Utama
Jalan PJU A1/46
Jalan PJU A1/41
Jalan PJU 3/22
Jalan PJU A1/20
Tropicana Indah, Tropicana, Ara Damansara, Lembah Subang, Sunway Damansara LRT Lembah Subang, T782
T808  MRT Surian Pintu B SK Seksyen 11 Kota Damansara 8 stesen Persiaran Mahogani
Jalan PJU 5/1
Jalan Kenyalang 11/3
Seksyen 11 Kota Damansara, Seksyen 5 Kota Damansara, Dataran Sunway 802

T807

Perhentian SK Seksyen 11 Kota Damansara

Perkhidmatan bas laluan T807 akan melalui dan menghubungkan kawasan perumahan penduduk di Ara Damansara, Tropicana dan Tropicana Indah, dengan 23 buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). 23 buah perhentian bas itu adalah Sekolah Antarabangsa St. Joseph's Institution, Tropicana Avenue, Menara Lien Hoe, Damansara Lagenda, Idaman Villas, Taipan 1 (Opp), Winchester, Stesen LRT Lembah Subang, Pusat Dagangan NZX, Winchester (Opp), Ara Permata, Balai Polis Ara Damansara, Ara Vista, Ara Putra (Opp), Maisson Condo, Taipan 1, Damansara Idaman, Damansara Lagenda (Opp), Kelab Golf Tropicana, Tropicana Grande, Casa Tropicana, Sunway Sutera, dan Cita Damansara. T807 akan melalui beberapa jalan utama seperti Persiaran Damansara Indah di Tropicana Indah, Persiaran Tropicana dan Jalan Tropika Utama di Tropicana, Jalan PJU 1A/1, Jalan PJU A1/3, Jalan PJU A1/46, Jalan PJU A1/41, Jalan PJU 3/22, dan Jalan PJU A1/20 di Ara Damansara. Terminal laluan bas T807 ialah MRT Surian Pintu A dan Dataran Ara Damansara.[12][20]

T808

Perkhidmatan bas laluan T808 akan melalui dan menghubungkan kawasan komersial Dataran Sunway dan Seksyen 11 dengan lapan buah perhentian bas (tidak termasuk terminal). Lapan buah perhentian bas itu adalah Dataran Sunway Timur Timur, The Strand Timur, Pangsapuri Dedap Blok 10, D,Villa Avenue, Aeon Big Kota Damansara (atau NSK Trade City Kota Damansara)), Pangsapuri Dedap Blok 1, The Strand Barat dan Dataran Sunway Barat. T808 akan melalui beberapa jalan utama di Kota Damansara seperti Persiaran Mahogani, Jalan PJU 5/1 dan Jalan Kenyalang 11/3. Terminal laluan bas T808 ialah MRT Surian Pintu B dan SK Seksyen 11 Kota Damansara.[13][21]

Galeri

  • Stesen MRT Surian daripada Jalan PJU 5/8, Dataran Sunway.
    Stesen MRT Surian daripada Jalan PJU 5/8, Dataran Sunway.
  • Stesen MRT Surian daripada Persiaran Surian (Arah Sungai Buloh).
    Stesen MRT Surian daripada Persiaran Surian (Arah Sungai Buloh).
  • Bas pengantara di Pintu B.
    Bas pengantara di Pintu B.
  • Platform 1 Stesen MRT Surian untuk tren arah selatan.
    Platform 1 Stesen MRT Surian untuk tren arah selatan.
  • Jarak landasan yang lurus daripada stesen MRT Surian menghala ke stesen MRT Kota Damansara.
    Jarak landasan yang lurus daripada stesen MRT Surian menghala ke stesen MRT Kota Damansara.
  • Sambungan pejalan kaki stesen MRT Surian-Sunway Nexis dilihat dari pintu B.
    Sambungan pejalan kaki stesen MRT Surian-Sunway Nexis dilihat dari pintu B.
  • Jambatan pejalan kaki stesen MRT Surian-Sunway Nexis.
    Jambatan pejalan kaki stesen MRT Surian-Sunway Nexis.
  • Permandangan jejambat pejalan kaki stesen MRT Surian-Sunway Nexis dan stesen MRT dari Jalan PJU 5/7.
    Permandangan jejambat pejalan kaki stesen MRT Surian-Sunway Nexis dan stesen MRT dari Jalan PJU 5/7.
  • Papan tanda dalam Sunway Nexis menghala ke sambungan ke stesen.
    Papan tanda dalam Sunway Nexis menghala ke sambungan ke stesen.
  • Tangga gerak di Pintu A Stesen MRT Surian.
    Tangga gerak di Pintu A Stesen MRT Surian.
  • Aras legar stesen MRT Surian dari Pintu A.
    Aras legar stesen MRT Surian dari Pintu A.
  • Aras legar stesen MRT Surian menuju ke Pintu B dan C.
    Aras legar stesen MRT Surian menuju ke Pintu B dan C.
  • Aras legar berbayar stesen MRT Surian
    Aras legar berbayar stesen MRT Surian

Nota

  1. ^ Stesen ini dan stesen lain yang dibawah pembukaan Fasa 1 telah disiapkan awal berbanding stesen-stesen yang berada di Fasa 2 Laluan Kajang.[22]

Rujukan

  1. ^ a b Ahmad Suhael Adnan (Julai 18, 2017). "Selesa, cepat naik MRT sepanjang jajaran 51km". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-20.
  2. ^ Meng Yew Choong (2021-07-10). "Flashback #Star50: Why drive? Get on the MRT". The Star Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
  3. ^ Kevin Smith (2014-10-14). "Malaysia to build second Klang Valley metro line" (dalam bahasa Inggeris). International Railway Journal. Dicapai pada 2021-10-10. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ a b Bernama (2017-07-11). "MRT-1 beroperasi sepenuhnya minggu depan". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-10.
  5. ^ Meng Yew Choong (2014-09-26). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". The Star Malasyia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 2021-10-10.
  6. ^ Jonathan James Tan (2014-09-26). "MRT Sungai Buloh-Kajang Line finalised station names". Paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-10.
  7. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  8. ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Okt 2018. Dicapai pada 9 Nov 2018.
  9. ^ a b c "Surian MRT Station". Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-29. Dicapai pada 2019-04-29.
  10. ^ a b "Surian — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  11. ^ a b "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
  12. ^ a b c "MRT Surian (T807) & (T808) - Pintu A" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-21. Dicapai pada 2017-07-22.
  13. ^ a b c "MRT Surian (T807) & (T808) - Pintu B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-09. Dicapai pada 2017-07-20.
  14. ^ Hazril Hafiz (20 Disember 2016). "Jejantas menghubungkan stesen-stesen MRT dengan bangunan bersebelahan dibina oleh pemilik hartanah". Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 2021-10-23.
  15. ^ "Sungai Buloh—Kajang line - Stations". MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2018. Dicapai pada 20 November 2018.
  16. ^ "面积外观易辨识 "三铁"车站各具特色". Oriental Daily Online (dalam bahasa Cina). KTS Group. 2016-08-14. Dicapai pada 2021-10-10.
  17. ^ "MRT Corp awards 3 system work contracts worth RM302mil". The Star. 6 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2018. Dicapai pada 3 December 2018.
  18. ^ a b c "Rapid KL & MRT Feeder Bus Service Info" [Maklumat Perkhidmatan Bas Rapid KL dan Bas Pengantara MRT]. RapidKL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2022.
  19. ^ a b "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  20. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T807 - MRT Surian Ara Damansara". Moovit. 11 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Apr 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  21. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan T808 - MRT Surian Seksyen 11 Kota Damansara". Moovit. 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Apr 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  22. ^ Bernama (2016-09-26). "Fasa Pertama Projek MRT Jajaran Sungai Buloh-Semantan Siap Awal". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2021-10-10.


  • l
  • b
  • s
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • B1
11 Laluan Shah Alam
  • Bandar Utama
  • Kayu Ara
  • BU 11
  • Tropicana
  • Damansara Idaman
  • SS 7
  • Glenmarie 2
  • Temasya
  • Kerjaya
  • Stadium Shah Alam
  • Persiaran Hishamuddin (dibatalkan)
  • Dato' Menteri
  • Raja Muda
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bukit Raja Selatan
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru
  • Pasar Jawa
  • Taman Selatan
  • Seri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Bandar Botanik
  • Johan Setia
13 Laluan MRT Lingkaran
  • Bukit Kiara Selatan
  • Bukit Kiara (simpanan)
  • Sri Hartamas
  • Mont Kiara
  • Bukit Segambut
  • Taman Sri Sinar
  • Dutamas
  • Jalan Kuching
  • Titiwangsa
  • Kampung Puah
  • Jalan Langkawi
  • Danau Kota
  • Setapak
  • Rejang
  • Setiawangsa
  • AU2
  • Taman Hillview
  • Tasik Ampang
  • Kampung Pandan
  • Pandan Indah
  • Taman Kencana
  • Taman Cheras
  • Taman Midah
  • Jalan Yaacob Latif
  • Sri Permaisuri
  • Salak Selatan
  • Salak Jaya (simpanan)
  • Kuchai
  • Jalan Klang Lama
  • Pantai Dalam
  • Pantai Permai
  • Universiti
  • Universiti Malaya
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.