Peter Anthony

YB Datuk

Peter Anthony

DIMP (Pahang); PGDK (Sabah)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Melalap
Penjawat kini
Memegang jawatan
11 Jun 2018
Didahului olehRadin Malleh
Presiden
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat
Penjawat kini
Memegang jawatan
22 Februari 2022
TimbalanJuil Nuatim
Naib Presiden
Parti Warisan Sabah
Dalam jawatan
17 Oktober 2016 – 28 Disember 2021
Berkhidmat dengan
Jaujan Sambakong
Junz Wong
Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah
Dalam jawatan
11 Jun 2018 – 29 Julai 2020
Didahului olehHajiji Noor
Digantikan olehBung Moktar Radin
Butiran peribadi
LahirPeter Anthony
(1971-02-24) 24 Februari 1971 (umur 53)
Tenom, Sabah (2016-2021)
Bebas (2021-)
Parti politikParti Warisan Sabah (-2022)
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (sejak 2022)
PekerjaanAhli politik

Datuk Peter Anthony (lahir pada 24 Februari, 1971) merupakan Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah (2018-2020) dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi N.35 Melalap dalam Parlimen Tenom, Sabah.

Parti Warisan Sabah

Di awal penglibatan beliau di dalam bidang politik, Peter Anthony telah dilantik oleh Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden (2016-sekarang) bersama-sama dengan Junz Wong dan Jaujan Sambakong.[1]

Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM)

Pada tahun 2012, Peter Anthony telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan KDMM yang baru menggantikan John Ambrose.[2]

Antara kejayaan terbesar beliau sepanjang menggalas jawatan Presiden KDMM ialah mengasaskan Liga Bola Sepak KDMM (2014-sekarang) yang akhirnya membawa kepada penubuhan Kelab Bola Sepak KDMM (KDMM FC) pada tahun 2016.

KDMM FC dibarisi oleh Ian James Wong, Rezuan Radzy, Zuraindey Jumai, dan Peter Anthony sendiri pernah beraksi di Liga FAM Divisyen 3 (2016-2017).

Liga Bola Sepak KDMM di sepanjang penganjurannya telah berjaya menyatupadukan ratusan ribu rakyat Sabah di setiap pelusuk daerah selain daripada mencungkil bakat-bakat baru belia negeri di bawah bayu itu.

Pertubuhan KDMM dilihat lebih progresif sejak berada di bawah kepimpinan Peter Anthony pada tahun 2012 hingga ke hari ini melalui gerak kerja pembangunan masyarakat di pedalaman Sabah khususnya di kawasan yang didiami oleh majoriti kaum Kadazan, Dusun, dan Murut.

Sabah Football Association (SAFA)

Peter Anthony telah diberi mandat sebagai Presiden Sabah FA yang baru pada Ogos 2018 berikutan perletakan jawatan oleh presiden sebelumnya, Alijus Sipil. Pada 09 Julai 2019, pasukan Sabah di bawah naungan beliau telah menjuarai saingan Liga Premier Malaysia 2019 selepas meninggalkan JDT II dengan 7 mata.[3]

Setelah Parti Warisan Sabah tewas pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, beliau meletakkan jawatan dan digantikan oleh Datuk Wetrom Bahanda.

Persatuan Komposer & Pembikin Video Muzik Sabah (SCORE)

Persatuan yang ditubuhkan bagi menjaga hak dan kebajikan pemain industri muzik Sabah ini dinaungi oleh Peter Anthony (2018 – sekarang) dan dipengerusikan oleh Asmin Mudin.

Darjah kebesaran

  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2009)
  •  Sabah
    • Darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2018)

Kontroversi

Peter pernah disiasat atas tuduhan pembelian ladang kelapa sawit di Tongod bernilai RM155 juta. Beliau juga disiasat atas tuduhan penggubahan wang haram yang membabitkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) antara 2012 dan 2013 lalu.[4]

Rujukan

  1. ^ Naib Presiden Warisan, Peter Anthony mengaku tidak bersalah kes pengubahan wang haram RM8.75 juta
  2. ^ "Pairin mengakulah anda luluskan pas residen" - Peter Anthony
  3. ^ Peter Anthony letak jawatan Presiden SAFA
  4. ^ Peter dijangka dituduh di mahkamah esok
  • l
  • b
  • s
Yang di-Pertua: Kadzim M. Yahya (UMNO) (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri)
Timbalan Yang di-Pertua: Ahmad Abdul Rahman (BEBAS) (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri)
Timbalan Yang di-Pertua: George Anthony Ginibun (WARISAN) (Bukan Ahli Dewan Undangan Negeri)
Ketua Majlis: Hajiji Noor (PGRS) • Ketua Pembangkang: Mohd Shafie Apdal (WARISAN)
  1. Banggi: Mohamad Mohammarin (PGRS)
  2. Bengkoka: Harun Durabi (UMNO)
  3. Pitas: Ruddy Awah (PGRS)
  4. Tanjong Kapor: Ben Chong (PGRS)
  5. Matunggong: Julita Mojungki (PBS)
  6. Bandau: Wetrom Bahanda (KDM)★
  7. Tandek: Hendrus Anding (PBS)
  8. Pintasan: Fairuz Renddan (PGRS)
  9. Tempasuk: Mohd Arsad Bistari (PGRS)
  10. Usukan: Mohamed Salleh Said (UMNO)
  11. Kadamaian: Ewon Benedick (UPKO)★
  12. Sulaman: Hajiji Noor (PGRS)
  13. Pantai Dalit: Jasnih Daya (PGRS)
  14. Tamparuli: Jahid Jahim (PBS)
  15. Kiulu: Joniston Bangkuai (PBS)
  16. Karambunai: Yakubah Khan (UMNO)
  17. Darau: Azhar Matussin (WARISAN)
  18. Inanam: Peto Galim (PKR)
  19. Likas: Tan Lee Fatt (DAP)
  20. Api-Api: Christina Liew Chin Jin (PKR)★
  21. Luyang: Ginger Phoong Jin Zhe (DAP)
  22. Tanjung Aru: Junz Wong Hong Jun (WARISAN)
  23. Petagas: Awang Ahmad Shah (PGRS)
  24. Tanjung Keramat: Shahelmey Yahya (UMNO)★
  25. Kapayan: Jannie Lasimbang (DAP)
  26. Moyog: Darell Leiking (WARISAN)
  27. Limbahau: Juil Nuatim (KDM)
  28. Kawang: Ghulamhaidar Khan (PGRS)
  29. Pantai Manis: Tamin Zainal (UMNO)
  30. Bongawan: Daud Yusof (WARISAN)
  31. Membakut: Mohd Arifin Mohd Arif (PGRS)
  32. Klias: Isnin Aliasnih (PGRS)
  33. Kuala Penyu: Limus Jury (PGRS)
  34. Lumadan: Ruslan Muharam (PBS)
  35. Sindumin: Yusof Yacob (PGRS)
  36. Kundasang: Joachim Gunsalam (PBS)
  37. Karanaan: Masidi Manjun (PGRS)
  38. Paginatan: Abidin Madingkir (STAR)
  39. Tambunan: Jeffrey Kitingan (STAR)★
  40. Bingkor: Robert Tawik @ Nordin (STAR)
  41. Liawan: Annuar Ayub (STAR)
  42. Melalap: Peter Anthony (KDM)
  43. Kemabong: Rubin Balang (PGRS)
  44. Tulid: Flovia Ng (STAR)
  45. Sook: Ellron Alfred Angin (STAR)
  46. Nabawan: Abdul Ghani Yassin (PGRS)
  47. Telupid: Jonnybone Kurum (PBS)
  48. Sugut: James Ratib (PGRS)
  49. Labuk: Samad Jambri (PGRS)
  50. Gum-Gum: Arunarsin Taib (WARISAN)
  51. Sungai Manila: Mokran Ingkat (UMNO)
  52. Sungai Sibuga: Hamsan Awang Supian (UMNO)
  53. Sekong: Alias Sani (WARISAN)
  54. Karamunting: George Hiew Vun Zin (WARISAN)
  55. Elopura: Calvin Chong Ket Kiun (WARISAN)
  56. Tanjong Papat: Frankie Poon Ming Fung (DAP)
  57. Kuamut: Masiung Banah (PGRS)
  58. Lamag: Bung Moktar Radin (UMNO)★
  59. Sukau: Jafry Ariffin (UMNO)
  60. Tungku: Samsul Kamal (WARISAN)
  61. Segama: Mohamaddin Ketapi (UMNO)
  62. Silam: Datu Dumi Masdal (WARISAN)
  63. Kunak: Norazlinah Arif (PGRS)
  64. Sulabayan: Jaujan Sambakong (WARISAN)
  65. Senallang: Mohd Shafie Apdal (WARISAN)★
  66. Bugaya: Jamil Hamzah (WARISAN)
  67. Balung: Hamild @ Hamid Awang (PGRS)
  68. Apas: Nizam Abu Bakar Titingan (PGRS)
  69. Sri Tanjong: Justin Wong Yung Bin (WARISAN)
  70. Kukusan: Rina Jainal (PHRS)
  71. Tanjung Batu: Andi Muhammad Suryady Bandy (UMNO)★
  72. Merotai: Sarifudin Hata (WARISAN)
  73. Sebatik: Hassan A Gani Pg Amir (PGRS)
  74. Lantikan: Aliakbar Gulasan (PAS)
  75. Lantikan: Raime Unggi (UMNO)
  76. Lantikan: Suhaimi Nasir (UMNO)★
  77. Lantikan: Jaffari Waliam (PGRS)
  78. Lantikan: Amisah Yassin (PGRS)
  79. Lantikan: Yong Teck Lee (SAPP)
Nota:

Kerusi Bugaya telah dimenangi oleh calon dari Parti Warisan Sabah, Manis Buka Mohd Darah. Beliau meninggal dunia pada 17 November 2020 lalu. Kerusi Segama telah dimenangi oleh calon dari Parti Warisan Sabah, Mohamaddin Ketapi, tetapi beliau telah keluar dari Parti Warisan Sabah pada 30 Oktober 2021 lalu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 25 November 2021.

Kerajaan: (48) Gabungan Rakyat Sabah (39) Pakatan Harapan (7) Parti Harapan Rakyat Sabah (1) Perikatan Nasional (1)
Pembangkang: (31) Parti Warisan Sabah (15) Barisan Nasional (13) Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (3)

Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen 1ke-2ke-3ke-4ke-5ke-6ke-7ke-8ke-9ke-10ke-11ke-12ke-13ke-14

Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia