Nikkei Business Publications (syarikat)

Nikkei Business Publications
Syarikat indukNihon Keizai Shimbun
Diasaskan pada1969; 55 tahun yang lalu (1969) (sebagai Nikkei McGraw-Hill, Inc.)
Chiyoda, Tokyo, Japan
HasilJPY 36.8 billion (2018)
Bilangan pekerja765 (2018)
Laman web rasminikkeibp.com

Nikkei Business Publications, Inc. (株式会社日経BPcode: ja is deprecated , Kabushiki-gaisha Nikkei Bī Pī), atau lebih dikenali dengan nama Nikkei BP (日経BP社code: ja is deprecated , Nikkei Bī Pī sha), adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan majalah di Tokyo, Jepun. Syarikat ini diasaskan sebagai "Nikkei McGraw-Hill, Inc." (日経マグロウヒル株式会社code: ja is deprecated ), sebuah gabungan diantara Nihon Keizai Shimbun (Nikkei) dan syarikat penerbitan McGraw-Hill pada tahun 1969. Nikkei kemudiannya mengambil alih sepenuhnya pada tahun 1988 dan menjadi anak syarikat.[1]

Nikkei BP terkenal dengan penerbitan pelbagai majalah dalam bidang perniagaan dan teknologi yang berfokus, dan sistem jualan langsung majalah tersebut.

Majalah dan laman web utama

  • Nikkei Business (日経ビジネスcode: ja is deprecated ), sebuah majalah perniagaan mingguan yang seiring dengan majalah Business Week sejak tahun 1969. Diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Jepun.
  • Nikkei Electronics (日経エレクトロニクスcode: ja is deprecated ), sebuah majalah semi bulanan mengenai industri elektronik seiring dengan penerbitan majalah Electronics pada tahun 1971.
  • Nikkei Computer (日経コンピュータcode: ja is deprecated ), sebuah majalah semi bulanan mengenai pengkomputeran yang diterbitkan sejak tahun 1981.
  • Nikkei Personal Computing (日経パソコンcode: ja is deprecated ), sebuah majalah semi bulanan mengenai komputer persedirian yang diterbitkan sejak tahun 1983, mempunyai laman web di dalam bahasa Jepun.
  • Nikkei Byte (日経バイトcode: ja is deprecated ), sebuah majalah bulanan mengenai industri komputer yang utama. Diterbitkan sejaktahun 1984 akan tetapi penerbitan berakhir pada tahun 2005.[2]
  • National Geographic Japan edition (ナショナル ジオグラフィック日本版code: ja is deprecated ),merupakan penerbitan National Geographic untuk pembaca tempatan yang diterbitkan olehNikkei National Geographic Inc. (株式会社日経ナショナルジオグラフィック社code: ja is deprecated ), sebuah gabungan diantara Nikkei BP dan National Geographic Society.[3]
  • nikkeibp.jp, sebuah laman web berita mengenai perniagaan dan teknologi di dalam bahasa Jepun.

Kedudukan Kuasa Bakat

Nikkei Entertainment! (日経エンタテインメント!code: ja is deprecated ) telah menerbitkan Talent Power Ranking [ja] , sebuah ranking tahunan sejak 2008. Data ranking adalah berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan Architect, Inc. untuk mengukur pengiktirafan dan minat orang ramai terhadap penghibur Jepun. [4]

Rujukan

  1. ^ Tsuda, Kenji (2012-10-11). "日経マグロウヒル設立秘話". NEWS & CHIPS (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 2019-06-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "日経BP社 「日経バイト」「日経Windowsプロ」「日経バイオビジネス」を年内休刊 (f/x [エフエックス] ITメディア・タンク)". IT media tank (dalam bahasa Japanese). 2005-11-01. Dicapai pada 2019-06-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "初公開!「ナショナル ジオグラフィック日本版」過去20年間人気記事ランキング発表!". PR TIMES (dalam bahasa Japanese). 2014-12-29. Dicapai pada 2019-06-01.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ 日本経済新聞社・日経BP社. "タレントパワーランキング あの女優が8年ぶり1位に|エンタメ!|NIKKEI STYLE". NIKKEI STYLE (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2022-07-29.

Pautan luar

  • Laman web korporat Nikkei Business Publications
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
  • Jepun
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain
  • SUDOC (Perancis)
    • 1