Kerang-kerangan

Siput sudu yang telah dimasak

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

Contoh kerang-kerangan

Moluska

  1. Abalone
  2. Belitung / Siput sedut
  3. Kekapis
  4. Kepah
  5. Kerang
  6. Kima
  7. Kupang / Siput sudu
  8. Lala / Siput retak seribu
  9. Lokan
  10. Remis
  11. Siput buluh
  12. Siput cangkul
  13. Siput duri
  14. Siput kemudi / Siput paha ayam
  15. Siput mentarang
  16. Siput pahat-pahat
  17. Tiram
  18. Sotong
  19. Sotong katak
  20. Sotong kurita
  21. Etok

Krustasea

  1. Udang
  2. Udang krai
  3. Udang baring/Geragau/Kepal
  4. Udang buku
  5. Udang cendana
  6. Udang ekor biru
  7. Udang galah
  8. Udang harimau
  9. Udang karang
  10. Udang kulit keras
  11. Udang kuning
  12. Udang kupas
  13. Udang ketak / Udang lubuk
  14. Udang lipan / Udang mentadak / Udang ronggeng
  15. Udang merah/Ros
  16. Udang minyak/Minyak Jalur
  17. Udang pasir / Putih
  18. Udang puteh kecil
  19. Udang putih besar
  20. Udang putih tanda
  21. Udang solo/Sualor
  22. Udang susu
  23. Udang vannamei
  24. Udang kara
  25. Udang kepal
  26. Udang kertas
  27. Umang-umang
  28. Unduk-unduk
  29. Ketam
  30. Ketam merah
  31. Ketam nipah
  32. Ketam pair
  33. Ketam pasir
  34. Ketam renjong
  35. Ketam hiasan

Ekinoderma

  1. Gamat / TImun Laut / Teripang
  2. Landak laut
  3. Tapak Sulaiman

Lihat juga