Jibon

Jibon
PengarahNahar Akhbar Khan
PenulisSudiro Sukiman
Lakon layarNahar Akhbar Khan
Cerita olehSudiro Sukiman
Dibintangi
  • Halim Rahim
  • Melissa Saila
  • Along Kamaludin
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 7 Mei 1998 (1998-05-07) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Jibon ialah sebuah filem drama keluarga Malaysia 1998 yang diterbitkan pada 7 Mei 1998. Filem ini telah diarahkan oleh Nahar Akhbar Khan. Filem ini bercerita tentang bagaimana seekor makhluk seperti orang utan (yang dipanggil Jibon) menyelamatkan seorang budak bernama Sani iaitu seorang pengakap sekolah yang dihanyutkan oleh arus sungai. Jibon yang menjadi legenda Orang Asli menyebabkan ia menjadi buruan seorang bomoh bernama Semaun yang mahu mendapatkan keuntungan. Pada masa yang sama bomoh Semaun ingin membalas dendam kepada binatang yang pernah mencederakannya. jibon ditembak oleh Semaun tetapi Sani berjaya melepaskan Jibon dari kurungannya.

Pelakon

  • Halim Rahim sebagai Jibon
  • Melissa Saila sebagai Cikgu Aishah
  • Along Kamaludin sebagai Cikgu Safuan
  • Din Glamour sebagai Samad
  • Mohd. Zafrie Ikhmal sebagai Sani
  • Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Bomoh Semaun
  • Farid Amirul sebagai Mr. Lee
  • Aziz Sattar sebagai Tok Batin
  • Mat Sentol sebagai Amat
  • Nora Ramli sebagai Anakali

Sambutan

Filem ini dikeluarkan pada 7 Mei 1998 dan mendapat kutipan sebanyak RM 52,011.

Rujukan

Pautan luar

  • Jibon di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri

Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.