Januari 2009

Januari 2009 ialah bulan pertama untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Khamis dan berakhir selepas 31 hari pada hari Sabtu.

Portal:Hal semasa

Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.

Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.
  • 25 Januari - Sasterawan Negara Malaysia Arena Wati meninggal dunia akibat penyakit barah peparu.
  • 23 Januari - Jumlah pengguna unik Internet dalam satu bulan mencecah 1 bilion pada Disember 2008.
  • 20 Januari - Barack Obama (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44.
  • 17 Januari - Israel mengisytiharkan gencatan senjata satu pihak setelah korban konflik Gaza mencecah 1300 orang. Hamas turut berbuat demikian.
  • 15 Januari - Korban serangan Israel di Genting Gaza meningkat melebihi 1000 orang, kebanyakannya orang awam.
  • 10 Januari - Feri KM Teratai Prima terbalik dan karam di perairan Sulawesi, Indonesia, mengorbankan lebih 200 orang.
  • 3 Januari - Pasukan darat Israel mengepung Gaza selepas seminggu mengebom Hamas di kawasan tersebut.
  • 3 Januari - John Atta Mills dari Kongres Demokratik Kebangsaan terpilih sebagai Presiden Ghana.