Jajahan Machang

Jajahan Machang
Machecode: mfa is deprecated
Kelantan Jajahan negeri
Transkripsi lain
 • Jawiماچڠ
 • Thaiมาจังcode: th is deprecated
Bendera Jajahan Machang
Bendera
Lokasi Jajahan Machang di Kelantan
Lokasi Jajahan Machang di Kelantan
Map
Jajahan Machang is located in Bumi
Jajahan Machang
Jajahan Machang (Bumi)
Koordinat: 5°45′N 102°15′E / 5.750°N 102.250°E / 5.750; 102.250Koordinat: 5°45′N 102°15′E / 5.750°N 102.250°E / 5.750; 102.250
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Jajahan kecil ditubuhkan1949
Dinaik taraf kepada jajahan penuh1952
PusatBandar Machang
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Machang
Pentadbiran
 • Pegawai daerahNik Mohd Hasanuddin Bin Nik Hussain[1]
Keluasan
 • Jumlah526 km2 (203 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah110,008
 • Kepadatan210/km2 (540/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
18500
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD

Machang (Jawi: ماچڠ, bahasa Thai: มาจัง) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Jajahan Machang terletak di bahagian timur negeri Kelantan, dengan keluasan lebih kurang 526 kilometer persegi. Jajahan Machang bersempadan dengan jajahan Kuala Krai, Tanah Merah, Kota Bharu dan Pasir Puteh. Pusat pentadbirannya terletak di Bandar Machang.

Sejarah

Pada tahun 1880, sekumpulan penduduk kampung yang diketuai oleh Encik Senik Awang Kecik dari Pasir Tumboh di Kota Bharu membuka sebuah kampung yang bernama Kampung Machang.[4] Pembukaan kampung ini adalah ekoran banjir besar yang melanda negeri Kelantan dan telah mendorong ramai penduduk untuk mencari lokasi baharu untuk tinggal.

Aktiviti utama pada awal pembukaan di penempatan ini ialah pertanian dan perniagaan. Sekitar tahun 1949, Machang telah dijadikan sebagai jajahan kecil dan pada 1 Januari 1952 jajahan kecil ini telah dinaik taraf sebagai jajahan sepenuhnya ekoran kepesatan perkembangan kegiatan ekonomi.[4]

Geografi

Jajahan Machang terletak di timur negeri Kelantan. Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai. Bentuk muka bumi di jajahan Machang kebanyakannya rata dan merupakan tanah pamah dengan purata ketinggian 93 meter. Kawasan berbukit lebih tertumpu di bahagian tenggara jajahan dengan titik tertinggi jajahan ini mencapai ketinggian 807 meter. Kawasan yang lebih berbukit tertumpu di kawasan Hutan Simpanan Kekal Ulu Sat.[5]

Pecahan pentadbiran

Jajahan Machang ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Machang yang berpusat di Bandar Machang. Jajahan ini juga dibahagikan kepada enam daerah dan 22 mukim

Peta jajahan Machang

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199171,584—    
200077,762+8.6%
201089,118+14.6%
2020110,008+23.4%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Machang ialah seramai 110,008 orang dengan kepadatan penduduk 210 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di jajahan Machang berbangsa Melayu, seramai 106,542 orang.[6][7]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 106,542
Bumiputera lain 257
Cina 1,972
India 104
Lain-lain 113
Bukan warganegara - 1,020
Jumlah 110,008

Agama

Di jajahan Machang, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[7]

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Machang. Terdapat sebanyak 39 buah sekolah di jajahan ini;[8]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 26
Sekolah Jenis Kebangsaan 3
Sekolah Menengah Kebangsaan 8
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 1
Sekolah Berasrama Penuh 1

Tempat menarik

Antara tempat menarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Hutan Lipur Bukit Bakar[9], Air Terjun Jeram Linang[10], Hutan Lipur Jeram Batang Nyor dan Hutan Lipur Cabang Tongkat. Di hutan cabang Tongkat terdapat beberapa jenis bunga Raflesia.[perlu rujukan] Terdapat juga kawasan bersejarah dan mercu tanda di daerah ini untuk dilawati seperti Jambatan Guillemard, Lombong Bijih Besi Temangan[11] dan juga Menara Masjid Pulai Condong[12]

Rujukan

  1. ^ "Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang - Perutusan Ketua Jajahan Machang". www.ptjm.kelantan.gov.my. Dicapai pada 2022-09-09.
  2. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang - Sejarah". www.ptjm.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-18. Dicapai pada 2016-10-17.
  3. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ a b "LATAR BELAKANG MACHANG". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-05.
  5. ^ "Machang topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-08.
  6. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  8. ^ "Sekolah di PPD Machang-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
  9. ^ "Hutan Lipur Bukit Bakar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-05.
  10. ^ "Air Terjun Jeram Linang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-05.
  11. ^ "Lombong Bijih Besi Temangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-05.
  12. ^ "Menara Condong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-05.
  • l
  • b
  • s
Jajahan
Bandar
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P019 Tumpat
N01 Pengkalan Kubor
N02 Kelaboran
N03 Pasir Pekan
N04 Wakaf Bharu

P020 Pengkalan Chepa
N05 Kijang
N06 Chempaka
N07 Panchor

P021 Kota Bharu
N08 Tanjong Mas
N09 Kota Lama
N10 Bunut Payong

P022 Pasir Mas
N11 Tendong
N12 Pengkalan Pasir
N13 Meranti

P023 Rantau Panjang
N14 Chetok
N15 Gual Periok
N16 Apam Putra

P024 Kubang Kerian
N17 Salor
N18 Pasir Tumboh
N19 Demit

P025 Bachok
N20 Tawang
N21 Pantai Irama
N22 Jelawat

P026 Ketereh
N23 Melor
N24 Kadok
N25 Kok Lanas

P027 Tanah Merah
N26 Bukit Panau
N27 Gual Ipoh
N28 Kemahang

P028 Pasir Puteh
N29 Selising
N30 Limbongan
N31 Semerak
N32 Gaal

P029 Machang
N33 Pulai Chondong
N34 Temangan
N35 Kemuning

P030 Jeli
N36 Bukit Bunga
N37 Air Lanas
N38 Kuala Balah

P031 Kuala Krai
N39 Mengkebang
N40 Guchil
N41 Manek Urai
N42 Dabong

P032 Gua Musang
N43 Nenggiri
N44 Paloh
N45 Galas