Garis masa virus komputer dan cecacing yang terkenal

Ini merupakan senarai virus komputer dan cecacing.

1970-1979

Awal 1970-an

  • Virus Creeper di kesan pada ARPANET menjangkiti sistem operasi Tenex. Creeper mencapai capaian bebas melalui modem dan menyalin dirinya pada system asing di mana perutusan , 'I'M THE CREEPER : CATCH ME IF YOU CAN.' dipaparkan. Aurcara Reaper, dirinya sendir merupakan virus, dicipta bagi memadamkan Creeper. Pencipta kedua aturcara tidak diketahui.

1974

  • Virus Rabbit muncul dan menjangkiti komputer lain melalui penggandaan. Dinamakan sempena kepantasan ia menyesakkan system komputer dengan salinannya, merosotkan prestasi system, sebelum mencapai ambang dan terhempas.

1975

  • Pervading Animal, permainan yang ditulis bagi UNIVAC 1108, direka bagi bertanya beberapa soalan sebagai usaha meneka jenis haiwan yang difikirkan pengguna. Ia kemudiannya cuba menyalin dirinya kepada kesemua fail aturcara yang boleh ditulis, kemudian menanda fail tersebut dengan masa cipta tidak sah agar ia dapat membezakan antara fail ciptaan aturcara dan pengguna. Bagaimanapun, ia masih diipertikaikan samaada Pervading Animal mewakili Trojan pertama atau permainan komputer dengan pepijat yang tidak disengajakan.

1980-1989

1980

  • Jürgen Kraus menulis tesis lepasan ijazah Selbstreproduktion bei Programmen (Aturcara membiak sendiri).

1982

  • Aturcara yang dikenali sebagai virus komputer Elk Cloner, telah ditulis bagi sistem Apple II dan dicipta oleh Richard Skrenta. Apple II kelihatannya agak lemah kerana menyimpan sistem pengoperasinya pada cakera liut. Rekabentuk Elk Cloner digabung dengan kejahilan umum mengenai apa itu malware dan cara mengelakkannya mendorong kepada Elk Cloner bertanggung jawab bagi wabak virus komputer berskala besar pertama dalam sejarah.

1983

  • Istilah 'virus' dicipta oleh Frederick Cohen bagi menggambarkan aturcara komputer membiak sendiri. Pada tahun 1984 Cohen menggunakan frasa "virus komputer" – sebagaimana dicadangkan oleh gurunya Leonard Adleman – bagi menggambarkan operasi aturcara sedemikian dalam istilah "jangkitan". Dia mentakrifkan 'virus' sebagai "aturcara yang mampu 'menjangkiti' aturcara lain dengan mengubah mereka dengan memasukkan kemungkinan meletakkan salinannya sendiri."
  • 10 November 1983, di Universiti Lehigh, Cohen menunjukkan aturcara seperti-virus pada sistem VAX11/750. Aturcara itu mampu memasang dirinya, atau menjangkiti objek sistem lain.

1986

  • Januari: Virus sektor but Brain (juga flu Pakistan) dibebaskan. Brain dianggap virus IBM PC compatible pertama, dan perisian yang bertanggung jawab bagi epidemik virus pertama bagi komputer serasi IBM PC. Virus ini juga dikenali sebagai Lahore, Pakistani, Pakistani Brain, kerana ia dicipta di Lahore, Pakistan oleh pengaturcara Pakistan yang berusia 19 tahun, Basit Farooq Alvi dan saudaranya Amjad Farooq Alvi.
  • Disember 1986: Ralf Burger membentangkan aturcara model Virdem semasa perjumpaan di Chaos Computer Club bawah tanah di Jerman. Model Virdem mewakili kali pertama aturcara mampu menyalin dirinya sendiri melalui tambahan kodnya pada file DOS boleh laksana dalam format COM.

1987

  • Kemunculan virus Vienna, yang kemudiannya dipatahkan - kali pertama ia berlaku pada pelantar IBM.[1]
  • Kemunculan virus Lehigh, virus sektor but seperti Yale dari USA, Stoned dari New Zealand, Ping Pong dari Itali, dan kemunculan virus fail enkripsi-diri, Cascade. Lehigh dihentikan di kampus sebelum ia bebas secara liar, dan dengan itu tidak pernah dijumpai ditempat lain. Jangkitan berikutnya oleh virus Cascade di pejabat IBM Belgium mendorong kepada IBM bertindak balas dengan pembangunan keluaran antivirusnya sendiri. Sebelum ini, penyelesaian antivirus yang dibangunkan oleh IBM bertujuan bagi kegunaan kakitangannya sendiri.
  • Oktober: virus komputer Jerusalem, sebahagian dari (ketika itu tidak diketahui) virus keluarga Suriv, dikesan di bandar Jerusalem. Jerusalem memusnahkan semua fail boleh laksana pada mesin yang dijangkiti pada setiap Jumaat ke-13 (kecuali Jumaat ke-13 Nov 1987 menjadikannya picu pertamanya pada 13 May 1988). Jerusalem menyebabkan epidemik seluruh dunia pada 1988.
  • November: Virus komputer SCA, virus sektor but bagi Amiga muncul, dengan serta-merta mencipta ribut jangkitan besar-besaran (pandemic) penulis-virus. Tidak lama kemudian, SCA membebaskan satu lagi, virus yang lebih memusnahkan, Byte Bandit.

1988

  • Jun: Virus Festering Hate Apple ProDOS tersebar dari sistem BBS bawah tanah dan mula menjangkiti jaringan utama.
  • 2 November: Cecacing Morris, cicipta oleh Robert Tappan Morris, menjangkiti mesin DEC VAX dan Sun yang menggunakan BSD UNIX disambung dengan Internet, dan menjadi cecacing pertama bagi merebak dengan meluas "secara liar", dan menjadi salah satu aturcara paling dikenali yang menggunakan kelemahan (buffer overrun).

1989

  • Oktober 1989: Ghostball, virus multipartite pertama, dijumpai oleh Friðrik Skúlason

1990-1999

1990

  • Mark Washburn ketika menganalisa virus Vienna dan Cascade bersama Ralf Burger membangunkan keluarga pertama virus polymorfik: keluarga Chameleon. Siri Chameleon bermula dengan pembebasan virus komputer 1260.

1992

  • Virus komputer Michelangelo dijangka untuk mencipta bencana digital pada 6 March, dengan berjuta komputer akan terpadam maklumat dalamnya menurut histeria media massa mengenai virus tersebut. Penilaian semula mengenai kerosakan menunjukkan kesannya adalah minima.

1995

  • "Virus konsep (Concept virus)" merupakan virus Makro pertama dicipta.

1996

  • "Ply" - berasaskan 16-bit DOS virus polymorfik rumit kelihatannya dengan enjin permutasi binaan dalam.

1998

  • 2 Jun: Versi pertama virus komputer CIH muncul.

1999

  • 26 March: Cecacing Melissa dibebaskan, mensasarkan sistem berasaskan Microsoft Word dan Outlook dan mencipta sejumlah besar lalu-lintas jejaring.
  • 6 Jun: Cecacing ExploreZip, yang memusnahkan dokumen Microsoft Office dikesan buat kali pertama.
  • Cecacing Happy1999 secara halimunan melekatkan dirinya pada email. Memaparkan bungaapi bagi melindungi perubahan yang dilakukan dan mengucapkan selamat tahun baru. Fail sistem yang diubah berkait dengan Outlook Express dan Internet Explorer pada Windows 95 dan Windows 98.

2000 dan seterusnya

2000

  • May: cecacing VBS/Loveletter ('ILOVEYOU') muncul. Sehingga 2004 ia merupakan virus paling mahan bagi perniagaan, menyebabkan kerosakan antara 5.5 hingga 10 bilion. Trojan pintu belakang kepada cecacing, Barok, dicipta oleh pengaturcara Filipina Onel de Guzman; ia tidak diketahui siapa yang mencipta vektor penyerang atau siapa yang (secara tidak sengaja) membebaskannya; de Guzman sendiri menafikan dia bertanggung jawab kepada penyebaran tersebut sungguhpun dia mencadangkan dia mungkin ditipu oleh seseorang yang menggunakan kod Baroknya sebagai bebanan.
  • Virus komputer ZMist - virus yang menyatukan kod (code integrating ), metamorfik sepenuhnya.

2001

  • March: Virus komputer Simile - virus metamorfik - pelbagai-OS, ditulis dalam bahasa assembly.
  • 8 May: cecacing Sadmind merebak dengan menggunakan kelemahan pada kedua-dua Sun sistem pengoperasi Solaris dan Microsoft Perkhidmatan Maklumat Internet (Internet Information Services - IIS).
  • Julai: Cecacing Sircam dibebaskan, merebak melalui e-mail dan perkongsian jaringan tidak dilindung.
  • 13 Julai: Cecacing Kod Merah menyerang Pelayan Index Tambahan ISAPI pada Perkhidmatan Maklumat Internet Microsoft dibebaskan.
  • 4 Ogos: Cecacing Kod Merah yang ditulis semula, Kod Merah II mula merebak dengan ganas, terutamanya di China.
  • 18 September: Cecacing Nimda dijumpai dan merebak melalui pelbagai cara termasuk kelemahan pada Microsoft Windows dan pintu belakang yang ditinggalkan oleh Kod Merah II dan Cecacing Sadmind.
  • 26 Oktober: Cecacing Klez mula dikenal pasti.

2003

  • 24 Januari: Cecacing penghentak SQL (SQL Slammer), juga dikenali sebagai Cecacing Sapphire, menyerang kelemahan pada Pelayan SQL Microsoft dan MSDE menyebabkan masalah besar pada Internet.
  • 12 Ogos: Cecacing Blaster, juga dikenali sebagai cecacing Lovesan, merebak dengan pantas dengan menggunakan kelemahan pada komputer Microsoft Windows.
  • 18 Ogos: Cecacing Welchia (Nachi) dijumpai. Cecacing ini cuba menyingkir Cecacing blaster dan menampal Windows.
  • 19 Ogos: Cecacing Sobig (secara teknikal dikenali sebagai Cecacing Sobig.F) merebak dengan pantas melalui mail dan perkongsian jejaring.
  • 24 Oktober: Cecacing Sober pertama kali dilihat dan mengekalkan kehadirannya sehingga 2005 dengan banyak variasi baru.

Serangan serentak kepada kelemahan jaringan oleh Cecacing Blaster dan Sobig menyebabkan kerosakan yang teruk.

2004

  • Akhir Januari: MyDoom muncul, dan sehingga kini memegang rekod pengepos cecacing pukal paling cepat merebak.
  • 19 March: Cecacing Witty merupakan cecacing pemecah rekod dalam banyak cara. Ia menggunakan lubang pada beberapa keluaran Sistem Keselamatan Internet (Internet Security Systems - (ISS)). Ia merupakan cecacing paling cepat dikenal pasti, ia merupakan cecacing internet pertama yang membawa beban merosakkan dan merebak dengan pantas dengan menggunakan daftar tersedia bagi hos punca pertama (ground-zero).
  • 1 May: Cecacing Sasser muncul dengan menggunakan kelemahan pada Khidmat Subsistem Kebenaran Keselamatan Tempatan (Local Security Authority Subsystem Service - LSASS dan menyebabkan masalah dalam jaringan, malah dalam sesetengah kes turut menganggu perniagaan.
  • Disember: Santy, "webworm" pertama dilancarkan. Ia menggunakan kelemahan dalam phpBB dan menggunakan Google bagi mencari sasaran baru. Ia menjangkiti sekitar 40,000 tapak sebelum Google menapis kuery carian yang digunakan oleh cecacing, menghalangnya dari merebak.

2005

  • 16 Ogos: Cecacing Zotob dan beberapa variasi malware dijumpai. Kesannya terlebih gembur disebabkan beberapa cawangan media Amerika Syarikat telah dijangkiti.
  • 13 Oktober: Cecacing Samy XSS menjadi virus komputer paling pantas merebak menurut sesetengah definasi (hingga 2006).
  • 31 Oktober: Sony BMG didapati mempunyai skandal perlindungan salinan Sony BMG CD 2005, kerana sengaja menjangkiti CD muzik dengan rootkit sebagai usaha menghalang penyalinan muzik.

2006

  • 20 Januari: Cecacing Nyxem dijumpai. Ia merebak melalui mel pukal. Bebanannya, yang diaktifkan pada hari ketiga bulan tertentu, bermula pada 3 Februari, cuba mematikan perisian berkait keselamatan dan perkongsian fail, dan memusnahkan jenis fail tertentu, seperti fail Microsoft Office.
  • 16 Februari: perisian perosak pertama bagi Mac OS X, kuda trojan-ancaman tahap rendah horse dikenali sebagai OSX/Virus Leap-A atau OSX/Oompa-A, diumumkan.
  • Disember: Cecacing Stration atau Warezov pertama kali dijumpai.

2007

  • Januari: Cecacing Storm mula mengumpul komputer yang dijangkiti sebagai Storm botnet, yang terdiri daripada 1 dan 10 juta komputer menjelang September.[2]

Lihat juga

  • Pembohongan virus

Rujukan

  1. ^ Kaspersky Lab viruslist
  2. ^ Peter Gutmann (31 August 2007). "World's most powerful supercomputer goes online". Full Disclosure. Dicapai pada 2007-11-04.

Pautan luar

  • Virus timeline, oleh Penyelidik IBM
  • McAfee Virus Information Library
  • Serangan MyDoom dan DDoS.
  • Fiasko Michelangelo: Garis Masa Sejarah, di Vmyths