Aku Mahu Hidup

Aku Mahu Hidup
PengarahM. Amin
PenulisRajendra Gour
Lakon layarHashim Hussein
Dihasilkan olehHo Ah Loke
Loke Wan Tho
DibintangiKuswadinata
Ani Jaafar
Salleh Melan
Malek Selamat
SinematografiHitam Putih
Muzik olehSalamah Basiron
Syarikat
penerbitan
Cathay-Keris Film Productions
Tarikh tayangan
1970
Masa tayangan
98 Minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Aku Mahu Hidup merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1970. Filem Aku Mahu Hidup diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah

Filem Aku Mahu Hidup diarah oleh pengarah M. Amin pada 1970.

Sinopsis

Dol merupakan ayah tiri kepada Rahimah seorang yang kaki judi dan kaki botol. Dia sanggup menjual kehormatan anaknya untuk wang bagi bermain judi dan membeli arak. Rahimah tekad untuk melarikan diri daripada ayahnya kerana sudah tidak tahan lagi dan ingin memulakan penghidupan yang baru.

Sewaktu melarikan diri, Rahimah telah diselamatkan oleh Nor seorang anggota polis dan membawanya tinggal di sebuah hotel. Pada suatu hari, Nor telah memperkenalkan Rahimah kepada ibunya. Ibu Nor merestui perhubungan mereka dan merancang untuk mengahwinkan mereka berdua.

Dol masih lagi mencari Rahimah kerana dia telah hilang sumber pendapatan. Dia telah bertembung dengan Rahimah dan terus mengejarnya. Rahimah telah melarikan diri dan diselamatkan oleh dua orang perempuan yang memaksa Rahimah untuk menjadi pelacur.

Pelakon

Pelakon Utama

  • Kuswadinata sebagai Nor
  • Ani Jaafar sebagai Rahimah
  • Salleh Melan sebagai Dol (Ayah Tiri Rahimah)

Pelakon Pembantu

  • Malek Selamat sebagai Inspektor Polis
  • Sa'amah sebagai Ibu Nor
  • S. Shamsuddin sebagai Encik Bong
  • Siti Tanjung Perak sebagai Pelanggan Mr. Bong
  • Dollah Dagang sebagai Penjahat 1
  • Hashim Salleh sebagai Penjahat 2

Lagu

Pautan luar

  • Aku Mahu Hidup Diarkibkan 2011-12-01 di Wayback Machine di Filem Kita